format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 169.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 29;

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2026 – Bermula dengan langkah kecil namun penuh strategi, rangkaian makanan segera tempatan BGM Burgerman terus mengorak langkah apabila secara rasmi melancarkan cawangan kedua di Setapak, selepas hampir setahun beroperasi di Bangi.

Pengasas BGM Burgerman, Hj Nordin Mat berkata, pemilihan Setapak sebagai lokasi baharu bukan dibuat secara rambang, sebaliknya berdasarkan kajian populasi, kepelbagaian kaum serta kedudukan strategik yang menghubungkan beberapa kawasan utama sekitar Kuala Lumpur.

“Nama pun Setapak, ini adalah langkah pertama kita untuk melangkah keluar daripada outlet pertama di Bangi. Dengan pengalaman hampir setahun, kita sudah nampak hala tuju dan cara untuk bangunkan BGM dengan lebih tersusun,” katanya.

Menurut beliau, kawasan Setapak yang terletak di sempadan Gombak, berhampiran Wangsa Maju, Batu Caves, Sentul dan pusat bandar Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk sekitar 300,000 hingga 400,000 orang dalam radius lima kilometer, sekali gus menjadikannya lokasi ideal untuk pengembangan perniagaan.

Pelancaran rasmi hari pertama BGM Setapak disambut luar biasa apabila lebih 1,000 pelanggan dan penyokong hadir bagi ‘merasmikan’ outlet tersebut, berbeza dengan kebiasaan majlis yang hanya melibatkan tetamu kehormat.

“Hari ini kita raikan bersama pelanggan. Mereka inilah VVIP sebenar BGM,” katanya.

Sejak seawal 10 pagi, pelanggan dilihat beratur panjang untuk menikmati promosi istimewa Mega Burger yang dijual pada harga RM2 berbanding harga asal RM17.90, terhad kepada 1,000 unit yang hampir habis pada hari pelancaran.

BGM Setapak menawarkan menu utama seperti burger ayam, burger daging, ayam goreng, nasi lemak dan bubur, selain memperkenalkan menu sarapan pagi serta pencuci mulut, termasuk kek dan kopi yang dijangka bermula minggu hadapan.

Outlet ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam, dengan potensi untuk dibuka 24 jam sekiranya sambutan menggalakkan.

Dalam masa sama, Hj Nordin menegaskan visi BGM untuk membuktikan bahawa jenama makanan segera tempatan mampu menyaingi kualiti antarabangsa, hasil pembinaan sistem, penambahbaikan SOP, latihan kakitangan dan produk yang mengambil masa hampir setahun.

Dari segi kapasiti, outlet Setapak mampu menampung jualan sehingga RM100,000 sehari, dengan kos operasi hampir dua kali ganda berbanding outlet Bangi.

BGM Burgerman juga mengekalkan komitmen sosial dengan memberi peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) serta mengutamakan pekerja tempatan sepenuhnya.

“Di Setapak ini kita ada dua orang OKU bekerja, manakala di Bangi empat orang. Polisi kita, sebolehnya 100 peratus rakyat Malaysia,” katanya.

Bergantung kepada sambutan di Setapak, BGM Burgerman merancang untuk membuka peluang lesen dan francais pada masa akan datang, sekali gus mengangkat jenama tempatan ke tahap lebih tinggi.

#BGMBurgerman #BGMSetapak #FastFoodTempatan #BurgerRM2 #SokongProdukTempatan #BisnesAnakTempatan #SetapakGombak #BurgerViral #MalaysiaBoleh #BeritaAATV

Leave a Reply