KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menandatangani plague sempena majlis perasmian studio baharu NRChannelTV disini.
NRchanneltv ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai satu platform media online yang bertujuan untuk memberi pilihan kepada rakyat bagi mendapatkan pelbagai informasi secara atas talian.
Ia bermula dari sebuah studio di sebuah kondominium sehingga akhirnya berjaya berdirinya satu Wisma NR yang dirasmikan Ahmad Zahid hari ini.
“Kami percaya dunia digital hari ini telah menjadi pilihan rakyat, kata Dato Rafi Awg Kechik dalam satu kenyataan Media disini.
Bermotokan “Segalanya Disini”, Nrchanneltv akan terus berusaha agar maklumat terkini dihujung jari sampai kepada rakyat.
Dato Rafi Awg Kechik sebagai Pengarah Urusan NRChannelTV turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid kerana merasmikan portal online NRChannelTV hari ini.