KUALA LUMPUR – Bergelar Rizman Ruzaini (RR) Icon memberi kelebihan kepada usahawan kecil jenama butik terkemuka negara itu, dalam menawarkan produk berkualiti kepada penggemar barangan berkenaan.
Mana tidaknya, seramai lebih 1,000 RR Icon memperoleh pelbagai manfaat sejak berdaftar di bawah RR Empire yang ditubuhkan pada hujung 2022.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, berkata RR Empire hari ini secara rasminya, diperkenal sempena kempen koleksi RR Raya 2023.
Katanya, RR Empire menyediakan program perniagaan dengan sistem lebih efisien, kepada golongan suri rumah, pelajar, yang tiada pekerjaan tetap yang mencari pendapatan sampingan tanpa modal.
“RR Empire mempunyai sistem pemantauan jualan yang efisien dan teratur. Dari situ, setiap RR Icon boleh melihat secara jelas profit yang mereka berjaya buat untuk satu-satu masa itu. Ia bersifat jelas dan nyata.
“Tanpa perlu modal, tidak perlu ke sana sini, menyimpan stok atau membuat penghantaran barang kerana semua itu akan diuruskan oleh pihak Rizman Ruzaini.
“Anda hanya perlu menghantar senarai barangan RR yang dipesan oleh pelanggan kepada Rizman Ruzaini sahaja,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Selain itu, katanya, mereka juga dibimbing oleh ‘coach’ (jurulatih) profesional, kelas intensif secara percuma bagi berkongsi modul terbaik untuk menjual dan mempromosikan barangan dengan cara efektif.
“Pendek kata, RR Icon akan dibantu dari sekecil-kecil perkara.
“Ada RR Icon telah membuat jualan mencecah RM2 juta!
“Apa yang diperlukan hanyalah usaha dan kemahuan daripada RR Icon itu sendiri.
“Sangat rugi jika anda melepaskan peluang keemasan ini,” katanya.
Rizman menambah, banyak lagi faedah yang diperolehi oleh RR Icon apabila menjadi keluarga Rizman Ruzaini, tidak terhad kepada profit semata-mata.
“Sebagai contoh sekiranya anda berjaya mencapai level RR Majestic, anda berpeluang untuk ditawarkan ganjaran seperti rumah, kereta dan sebagainya.
“Jadi, tiba masanya untuk buat duit raya dengan cara yang mudah, semudah di hujung jari dan dari rumah sendiri sahaja.
“Inilah bulan di mana kebanyakan masyarakat berbelanja lebih dari kebiasaan untuk memenuhi keperluan perayaan di Aidilfitri.
“Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, kami mahu sama-sama membantu mereka yang berhasrat untuk buat duit raya bagi menampung keperluan Aidilfitri nanti,” katanya.
Malah, Rizman juga yakin dengan pengaruh yang dimiliki jenama Rizman Ruzaini ini.
“Juallah apa jua jenis barangan, dengan kualiti terbaik yang diberikan ia dengan mudahnya mampu menawan hati pelanggan.
“Rizman Ruzaini berharap kempen Raya RR ini akan menjadi platform permulaan yang baik untuk RR Icon memulakan langkah bersama keluarga Rizman Ruzaini,” katanya.