KUALA LUMPUR – Melihat kepada situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, selain daripada beraya sakan, Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy.
sudah pasti, untuk tampil bergaya lagi ‘trendy’ pada hari raya nanti, pembeli perlu mendapatkan barangan kelengkapan di lokasi yang tepat.
Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn Bhd, yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang sedang berlangsung hari ini.
Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoorbazaar’ yang berkonsepkan ‘trendy’.
Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd, Mohd Ikmal Fareeq berkata, Trend Raya 2023 adalah satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung.
“Pelbagai jenama terkenal, terbaharu dan viral akan turut bersama dalam acara ini. Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari peniaga, juga penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan influencer yang digemari ramai bagi menarik minat pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023.
“Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,” katanya.
Trend Raya 2023 berlangsung pada hari ini 7 April sehingga Ahad, 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
Kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Melalui “Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn Bhd bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.
Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf.
Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.
Mohd Ikmal berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada AEON (M) CO kerana sudi bersama-sama memeriahkan acara ini.
Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM15,000 di booth AEON bagi setiap pembelian RM100 dan keatas di mana-mana booth jualan di Trend Raya 2023.
“Menariknya, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM10,000 sepanjang acara berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan.
Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.
Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi.
Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.