editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim yang diraikan pada 6 Jun setiap tahun, penyampai Morning Morning Suria, Ajak dan Shuib telah mengunjungi Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Subang, pada 6 Jun, Selasa lalu.

Kunjungan Suria FM kali ini selaku rakan strategik bertujuan mendekati dan sekaligus memberikan pendedahan mengenai peranan Maritim Malaysia dalam melaksanakan salah satu fungsi tugas teras agensi selaku koordinator mencari dan menyelamat maritim kebangsaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sesi rakaman Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dalam menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut, sesi temubual bersama beberapa anggota terbabit seperti pegawai Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Juruterbang Maritim Malaysia dan Perenang Penyelamat, juga aksi gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dilakukan oleh barisan penyampai di kawasan perairan Selangor dengan menaiki helikopter khas Maritim Malaysia.

Penyampai Morning Morning Suria, Ajak berkata, dia dan Shuib sangat teruja dapat merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada angkatan Maritim Malaysia.

“Tidak dinafikan kami sangat gemuruh sewaktu melakukan gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang memerlukan saya untuk “winching” ke laut dari atas helikopter.

“Terima kasih kepada semua kakitangan Maritim Malaysia yang terbabit dalam menjayakan gimik berkenaan dengan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat.

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim buat Maritim Malaysia, ‘We Take It Seriously’.

Sementara itu, Shuib turut mengakui ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan kerana dia tidak pernah menaiki helikopter dan ini adalah pengalaman pertama dan ia sangat mengujakan.

“Bagi saya, ini satu pengalaman manis Suria berikan kepada saya yang tidak dapat dilupakan. Kita seharusnya berbangga dengan maritim Malaysia kerana tanpa mereka siapa yang mahu menjaga persisiran pantai dan menyelamat di Malaysia, Terima kasih Maritim Malaysia, Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim,” katanya.

Saksikan video penuh Morning Morning Suria bersama APMM di semua platform digital Suria Malaysia. 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

By Cynthia

Leave a Reply