editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai telah menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang juga wanita tempatan pada 6 pagi semalam.

Beliau berkata, akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek itu, telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis telah menahan suspek di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama

By Cynthia

Leave a Reply