editor@aatvnews.com
PUTRAJAYA – Minat rakyat Malaysia terhadap sukan basikal yang dilihat semakin mendapat perhatian meyakinkan Bike and Beans Cafe untuk membawa jenama basikal premium dari Itali iaitu Officine Mattio.
Pengarah pemasaran Bike and Beans Cafe, Samsul Kamal Arrifin berkata, melihat sambutan yang diterima beliau yakin peminat sukan basikal sekarang lebih bijak memilih jenama basikal yang selesa untuk mereka tunggang.
“Officine Mattio adalah satu jenama basikal premium yang pertama kali kami bawakan ke Malaysia.
“Dengan harga yang ditawarkan ia bersesuaian dengan kualitinya di mana Officine Mattio adalah basikal dengan kualiti buatan tangan.
“Lebih istimewa lagi, carbon fiber yang digunakan pada badan basikal ini adalah carbon fiber yang sama digunakan pada kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini,” katanya pada majlis pelancaran basikal berkenaan yang diadakan di Bike and Beans, di sini, semalam.
Selain melancarkan Bike and Beans sebagai pengedar tunggal jenama basikal dari Itali itu, pada majlis sama turut diadakan aktiviti Fun Ride dan pameran barangan basikal seperti pakaian serta aksesori.
Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Adam Adli.
Dalam pada itu, Samsul Kamal berkata, jenama basikal ini lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.
“Selain reka bentuknya yang eksklusif, setiap perincian basikal ini juga dihasilkan dengan penuh teliti.
“Pembeli boleh mendapatkan design dan warna yang mereka inginkan. Kami juga memberi jaminan basikal mereka boleh siap dalam tempoh masa tiga bulan,” katanya.
Katanya lagi, meskipun sukan basikal belum begitu meluas di Malaysia, diharapkan Kerajaan Madani akan lebih fokus dalam menambah baik prasarana untuk pengguna basikal dalam menyokong rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.
Sedikit info mengenai Bike and Beans, selain mengendalikan aspek runcit perniagaan, mereka juga mempunyai syarikat pembekal makanan Aiena Signatures, agensi pemasaran digital Truepixel dan syarikat pembinaan serta hiasan dalaman Bakateam Services.
Sinergi gabungan semua perniagaan ini antara rancangan untuk mengembangkan rangkaian Bike and Beans ke sepuluh lokasi di seluruh Malaysia dalam masa 18 bulan.
Bike and Beans yakin dalam masa terdekat, Officine Mattio akan menjadi jenama basikal premium pilihan yang terkenal di Malaysia.