editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR – Membuka kolaborasi pertama #GeminiGenk pada konsert 51 tahun Kerajaan Cinta Ahmad Dhani, JUNI Records melancarkan ‘Biar Menjadi Kenangan’ hari ini di semua platform penstriman digital.
Lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’ yang ditulis oleh Ahmad Dhani ini dinyanyikan oleh Reza Artamevia dalam album ‘Keabadian’(2000).
Dalam versi asal, Reza Artamevia berduet dengan Masaki Ueda (Jepun). Lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran Raisa sejak zaman sekolah dan baru-baru ini dia mengetahui bahawa lagu ini dicipta oleh pemuzik terkenal, Ahmad Dhani Prasetyo.
“Kerana ini adalah lagu kegemaranku dan ketika Dhani mengajak berduet untuk konsertnya, saya sangat gembira dapat menyanyikan lagu ini,” kata Raisa.
Proses penghasilan single ini dilakukan sebulan sebelum konsert berlangsung. Dirakam oleh Raisa dan Ahmad Dhani di studio Ahmad Dhani dengan Barsena sebagai pengarah vokal.
Untuk muzik, ia dihasilkan oleh S/EEK, sebuah kumpulan pengeluar yang membantu mewujudkan kolaborasi #GeminiGenk sebagai pengeluar.
“Saya menunggu waktu yang tepat untuk merilis duet ini. Perbualannya agak panjang antara saya, Mas Dhani, dan Raisa. Kami ada group WhatsApp yang hampir bubar kerana projek ini tidak dianggap serius,” kata CEO JUNI Records, Adryanto Pratono.
Katanya, selepas kesibukan Raisa dengan konsert di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan Mas Dhani yang aktif berkonsert dengan Dewa19 ke sana sini , rasanya ini adalah masa yang tepat.
“Sesuatu diluar jangkaan, menyatukan Raisa dengan Ahmad Dhani secara langsung,” katanya.
Sementara itu, pihak label Raisa, JUNI Records, menganggap projek ini menarik dan berbeza dari kolaborasi lain.
Adryanto Pratono, merasakan kolaborasi ini serasi walaupun membabitkan berbeza generasi.
“Dhani dan Raisa sama-sama meneroka. Khususnya dalam mencari jalan tengah untuk rentang vokal mereka berdua,” katanya.
Single Biar Menjadi Kenangan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 8 jun lalu, lirik muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Raisa.