editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Deraf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada 4 Oktober 2023 dan telah diwartakan pada 19 Oktober 2023 merupakan pelan struktur ketiga bagi menggantikan Pelan Struktur sebelum ini iaitu Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang telah diwartakan pada tahun 2004.

Pelan Struktur Kuala Lumpur yang pertama telah diwartakan pada tahun 1984. Berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267), Pelan Pembangunan (Pelan Struktur dan Pelan Tempatan) perlu disediakan mengikut tempoh jangka masa perancangan tertentu. Sekiranya tempoh masa pemakaian pelan-pelan pembangunan ini telah tamat tempoh maka pelan-pelan pembangunan perlu disemak semula sama ada membuat penambahbaikan atau penggantian.

PSKL 2040 telah menetapkan visi Kuala Lumpur sebagai BANDAR UNTUK SEMUA, selaras dengan matlamat perancangan global yang ditetapkan melalui New Urban Agenda (NUA) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKI 2040) perlu dibuat memandangkan sebahagian dasar PSKI 2020 perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat dan pengenalan dasar-dasar terkini di peringkat negara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, PSK12040 yang baru disediakan bagi memandu pembangunan Kuala Lumpur untuk jangka masa tahun perancangan akan datang. Dengan- perubahan yang telah berlaku adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baharu bagi memastikan pembangunan Kuala Lumpur dirancang secara holistik dengan urus tadbir yang cekap.

Setelah PSKI 2040 diwartakan, maka Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) akan disediakan bagi menggantikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020). Untuk makluman, kini pihak DBKL telah menyediakan Draf PTKL2040 yang dijangkakan akan dipamerkan pada hujung tahun 2023. Sehubungan dengan itu, semua warga kota dan semua pihak berkepentingan akan dijemput untuk memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan agar dapat bersama-sama membangunkan Kuala Lumpur yang lebih mampan untuk semua.

Leave a Reply