WUJUD KITA HARI INI KERANA SEJARAH MASA LALU.
NAMUN, MENGENAL SEJARAH BUKAN HANYA DARI BUKU, TETAPI MAKLUMAT MERENTAS MASA.
TRAGEDI PENGEBOMAN DI BALI, INDONESIA PADA 2002 DIIKUTI SIRI SERANGAN BOM BERANI MATI TERMASUK HOTEL J W MARRIOTT, JAKARTA SELATAN PADA 2009 (2003) ANTARA SEJARAH YANG TIDAK PERNAH DILUPAKAN, YANG DIKATAKAN INSIDEN PALING TERUK DALAM SEJARAH PENGGANAS DI RANTAU ASIA KETIKA ITU.
DIKAITKAN PULA DENGAN RAKYAT MALAYSIA, YANG JUGA ANGGOTA JEMAAH ISLAMIAH (JI), SEBUAH KUMPULAN BERKAITAN ORGANISASI TERRORISME, AL-QAEDA, IAITU YANG PALING DIKEHENDAKI PIHAK BERKUASA ANTARABANGSA, AZAHARI HUSIN DAN NOORDIN MD TOP (KEDUA-DUANYA DITEMBAK MATI, 2009).
NAMUN, RAMAI YANG LUPA, ATAU TERLUPA ATAU MUNGKIN SENGAJA BUAT-BUAT LUPA APABILA BANYAK YANG HANYA MELAPORKAN TENTANG SEJARAH JI, DAN PERISTIWA BERMULA TAHUN 1980 SELEPAS INSIDEN SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM, JOHOR, 17 MEI LALU YANG PADA AWALNYA SUSPEK DIKAITKAN DENGAN JI DAN PENUNTUT IPT.
DIPERCAYAI, ULU TIRAM PERNAH MENJADI LOKASI AZAHARI TERLIBAT DENGAN SEBUAH SEKOLAH AGAMA DIPELOPORI ABU BAKAR BASYIR YANG KETIKA ITU DIDAKWA SEBAGAI KETUA JI MANAKALA PENGARAH SEKOLAH DIDAKWA BEKAS PELAJARNYA, NOORDIN.
BAGAIMANAPUN, TIDAK ADA YANG MELAPORKAN SEMULA SATU-SATUNYA BEKAS PENGIKUT YANG BERANI MENDEDAHKAN SEGALA PERINCIAN GERAKAN JI YANG PERNAH BERTAPAK DI SEBUAH UNIVERSITI DI SELATAN NEGARA, DAN KEMUDIAN TAKDIR MENGUBAHNYA MENJADI WARTAWAN PENERIMA ANUGERAH KAJAI, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS.
WAN NOOR HAYATI (KINI ARWAH), PERNAH MEMBONGKAR JI DENGAN MENDEDAHKAN DIRINYA YANG SEBELUM ITU SEBAGAI PELAJAR DIREKRUT KUMPULAN ITU MENERUSI LAPORAN MEDIA ARUS PERDANA YANG KETIKA ITU BELUM DIDIGITALKAN DI INTERNET.
BELIAU DAN SEORANG PROFESOR MATEMATIK DARI UNIVERSITI SAMA, IAITU PROFESOR MADYA ABDUL HAMID YEOP ZAINUDDIN (JUGA ARWAH) MENDEDAHKAN GERAKAN ITU, YANG KEMUDIANNYA DIKONGSIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MAKLUMAT DI FACEBOOK.
WAN NOOR HAYATI MALAH PERNAH MEMBUAT PENGAKUAN BERSUMPAH DIPERAKUKAN YANG DIPERTUA MAHKAMAH TENGAH, PENGADIL ATAU PESURUHJAYA SUMPAH MALAYSIA CAWANGAN JOHOR BHARU, PADA 2001.
“”20 tahun dulu saya telah tertipu dan terperdaya oleh kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Islamiah (JI), merekrut, melatih kader2 untuk kononnya menegakkan DAULAH ISLAMIAH, menegakkan negara Islam, bertujuan hingga menjadikan saya (dan lain2 pelajar) sebagai pengebom berani mati.
Namun syukur kepada tuhan kerana saya dapat diselamatkan daripada JI itu dengan bantuan dan kerjasama polis serta beberapa individu. Modus Operandi JI ketika itu yang dipelopori oleh sebuah parti politik bertopengkan Islam ialah dengan menyusup masuk ke dalam universiti dan menjalankan aktiviti dan program membasuh otak (brainwash) bertopengkan KURSUS2 PEMANTAPAN AKIDAH. Saya disedarkan dan berjaya diselamatkan setelah kami diberikan penjelasan yang lebih baik mengenai pemantapan akidah””- Yati, 2021
DALAM SATU HANTARAN LAIN, WARTAWAN YANG DIKAGUMI KALANGAN WARGA MEDIA KERANA ‘BERHATI KERING’ KETIKA MEMBONGKAR ISU KONTROVERSI, TURUT MENDEDAHKAN KUNCU TERLIBAT TERMASUK KINI DI TELUK GUANTANAMO SELAIN MAKLUMAT AWAL SEBELUM SERANGAN DI J W MARRIOTT (2009) SERTA SEBUAH BOM DI UNIVERSITI SAMA, YANG DIDAKWA MENJADI MARKAS WARGA UNIVERSITI DIREKRUT JADI KADER MILITAN DI SEBALIK SEBUAH PERSATUAN PELAJAR BERASASKAN ISLAM.
APA YANG MENGEJUTKAN APABILA, ADA NAMA INDIVIDU BERKEPENTINGAN DIDEDAHKANNYA, TERMASUK DALAM SENARAI ‘WATCH LIST CELL MILLITANT JI’.
LEBIH MENGHANGATKAN LAGI APABILA MAKLUMAT ITU PERNAH DIDEDAHKAN KEPADA KETUA POLIS NEGARA KETIKA ITU, TAN SRI MUSA HASSAN DAN DATUK (SERI) AYOB KHAN MYDIN PITCHAY YANG BERTUGAS SEBAGAI KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN COUNTER TERRORISM (E8) CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN.
“”DAN RAMAI LAGI YANG TELAH DITANGKAP, BOM DIPASANG DI UTM SKUDAI DAN TIGA BULAN SEBELUM IA MELETUP SAYA DAH DEDAHKAN MAKLUMAT ITU KEPADA TS MUSA HASSAN DAN NOH OMAR.
BOM ITU TELAH DITULIS SASARANNYA MARRIOT. BEGITU JUGA DENGAN PENGEBOMAN DI KEDUTAAN AUSTRALIA JUGA PENGEBOMAN 9111 WTC. SEMUA MELIBATKAN WARGA UTM DAN TELAH PUN DIDEDAHKAN UTM ADALAH PUSAT MELATIH KADER-KADER MILITAN BERSELINDUNG DI SEBALIK PERSATUAN MAHASISWA ISLAM PMI.
MENTERI TELAH MEMBUBARKAN PMI UTM DAN MENGARAHKAN KLINIK RAWATAN ISLAM DARUSYIFA DIKELUARKAN DARI UTM.
DAN BANYAK LAGI BACALAH SEJARAH. DAN SALAH SEORANG YANG TERMASUK DALAM WATCH LIST CELL MILITANT JEMAAH ISLAMIAH IALAH NASRUDIN TANTAWI ATAU NASRUDIN HASSAN…
Tanya Ts Musa Hassan dan Datuk Ayub bagaimana wujudnya Caunter Terrorism di Bukit Aman? Orang belajar sejarah bukan tutup sejarah. Siapa yang sedang menghapuskan sejarah.””- Yati, 2021.
PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JPJKK) PDRM, DATUK WIRA AYUB YAAKOB TURUT MENGULAS MENGENAI INSIDEN ULU TIRAM ITU DENGAN MENGGESA SUPAYA KUMPULAN PENGGANAS DAN BERBAHAYA SEGERA DIHAPUSKAN.
SECARA RUMUSNYA, PENDEDAHAN WAN NOOR HAYATI BUKAN BERMOTIFKAN SEBARANG AGENDA MELAINKAN DIRINYA ANAK YATIM PIATU YANG MENJADI MANGSA TERKANDAS PELAJARAN SEKETIKA, MELALUI KEJUTAN BUDAYA YANG DILIHATNYA BERCANGGAH DENGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI.
SEJARAH SEMAKIN DIREMEHKAN, MALAH SEMAKIN DILUPAKAN. BEGITU JUGA TRAGEDI BALI, J W MARRIOTT DIKAITKAN DENGAN PENGGANAS MALAYSIA, SEOLAH-OLAH ADA CUBAAN MEMADAM SEJARAH DIKAITKAN DENGAN KEWUJUDAN GERAKAN JI DI SELATAN NEGARA.
KUASA TUHAN TIADA SIAPA BOLEH NAFIKAN, APABILA KEJADIAN DI BALAI POLIS ULU TIRAM ITU BERLAKU SEKALI GUS MENGULANGI INSIDEN BUKAN SAHAJA PERISTIWA TAHUN 1980 DI SANA, TETAPI MENGIMBAS SEMULA GERAKAN PENGGANAS YANG PERNAH WUJUD DI UNIVERSITI SEKITAR KAWASAN SAMA.
JANGAN DAH TERHANTUK, BARU NAK TENGADAH.
PENDEDAHAN DARIPADA TOKOH WARTAWAN RAKYAT DENGAN GELARAN TUN PUTEH PADA 2017 OLEH PEMANGKU SULTAN PAHANG KETIKA ITU, TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH (KINI SULTAN PAHANG) TIDAK BOLEH DIPANDANG REMEH, KERANA BUKAN NAMA YANG DIBAWA TETAPI TANGGUNGJAWAB DAN KHIDMAT BAKTINYA KEPADA NEGARA TANPA MEMPEDULIKAN NYAWA SENDIRI.//
https://www.facebook.com/share/p/PN7g8Nc1L2YLBQ44/?mibextid=xfxF2i
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1249659/madrasah-luqmanul-hakim-di-ulu-tiram-mungkin-dirobohkan