Atok viral yang mencipta produk menggebukan wajah dijemput memberi taklimat mengenai produk tersebut serta beberapa produk lain yang berasaskan alam semulajadi kepada kepimpinan pegawai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) petang tadi 23.5.24.

Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fatah membayangkan akan membawa produk yang diusahakan oleh Dr Abas melalui The Plot ke seluruh rangkaian koperasi di bawah pentadbirannya yang mempunyai berjuta jumpah keahlian.

Sementara itu Dr Abas juga telah memperkenalkan pelbagai produk lain yang diusahakan olehnya seperti produk rawatan penyakit gout, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan lain-lain.

Turut mengiringi Dr Abas ialah wakil dari Kak Jan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) . Menurut Kak Jan PPIM amat gembira dengan perkembangan ini kerana The Plot dilihat mampu untuk pergi lebih jauh dengan penglibatan Angkasa.

Diakhir pertemuan Dr Abas mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu lebih lanjut agar datang berjumpa dengan beliau di The Plot yang terletak di Seri Kembangan atau mengunjungi tiktok beliau di @The PLOT. – ehailingfm – #theplot #herb #herba #awetmuda #gout #mardi #angkasa #koperasi

Leave a Reply