BANGI – Dalam usaha membantu masyarakat mengenai pengurusan jenazah, KAF Digital Media melancarkan set khas pengurusan jenazah edisi istimewa Datuk Ustaz Kazim Elias.

Sebagai permulaan sebanyak 1500 set dikeluarkan di mana ia merangkui 22 barangan antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Sani berkata, idea menghasilkan produk berkenaan tercetus selepas melihat kurangnya pendedahan mengenai kepentingan penyediaan barangan untuk jenazah di kalangan masyarakat.

“Lebih setahun membuat kajian sebelum menghasilkan produk ini dan kami dapati tidak ramai lagi yang menjual set jenazah ini di pasaran.

“Kami berharap dengan penjualan set ini dapat memberi peluang untuk semua memiliki set ini di setiap rumah masing-masing.

“Ini juga sebagai persediaan kepada semua bahawa hidup ini tidak semestinya menunggu tua untuk mati, sesiapa sahaja akan melaluinya.

“Disamping penjualan set ini juga kami berharap dapat memberi sedikit pengetahuan mengenai pengurusan jenazah kepada semua,” katanya.

Membawa slogan ‘Satu rumah, Satu keperluan’, harga bagi setiap set RM249 dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com atau penghantaran hanya di sekitar Lembah Klang.

Selain Khairul, KAF Digital Media yang ditubuhkan tahun lalu turut diasaskan oleh tiga lagi pengarahnya, Anas Abd Rahman, Ahmad Fawzan dan Khairul Manaf.

Setiap pengeluaran set itu dihasilkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pihaknya menyokong penuh inisiatif yang dibuat oleh KAF Digital Media dalam usaha menyediakan 1 set jenazah untuk di setiap rumah.

“Sebenarnya tidak susah pun menguruskan jenazah tetapi sejak dulu masyarakat sering ditakutkan dengan susahnya menguruskan jenazah itu kerana banyak urusannya termasuklah perlu menjahit sendiri keperluan untuk jenazah.

“Diharap usaha KAF ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat untuk tidak bergantung kepada mereka yang layak atau arif sahaja.

“Sebaliknya dengan adanya set ini yang cukup lengkap barangannya, sesiapa sahaja boleh menguruskan jenazah terutama ahli keluarga mereka sendiri,” katanya.

Bagi pembelian 1500 terawal, mereka yang layak bakal memenangi cabutan bertuah setiap satu iaitu pakej umrah bernilai RM8690 dan Emas Alif bernilai RM3,000.

By Cynthia

Leave a Reply