PRK DUN Nenggiri, Gua Musang Kelantan pada 17 Ogos ini menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS dan Calon No. 2 BN Sdr Mohd Azmawi Fikri. Kerusi ini dikosongkan berikutan penyandangnya daripada Parti Bersatu dilucutkan daripada wakil rakyat akibat masalah dalaman mereka sendiri.

Masalah dalaman bukan sahaja di dalam Bersatu sendiri malah masalah di antara komponen parti dalam Perikatan Nasional sangat ketara sehinggakan calon yang akan menentang calon BN adalah bukan dari Bersatu sebaliknya dari PAS. Dengan meletakkan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail ianya menzahirkan bahawa yang kerjasama di kalangan parti parti Perikatan Nasional boleh berakhir pada bila bila masa.

Bersatu Gua Musang boleh dikatakan telah lumpuh sama sekali, PAS dengan ego dan politik strategiknya akan “telan dan halalkan” apa dan sesiapa sahaja juga dengan apa cara asalkan dapat kerusi serta kuasa. Bukan sahaja Bersatu, dengan Parti Gerakan pun mereka berbalah, tapi PAS ni memang kita tak hairan kerana PAS adalah juara poligami parti kat Malaysia. Dengan DAP pun mereka pernah bermesra jauh lebih mesra dengan BN yang hanya bekerjasama untuk membentuk kerajaan demi kelangsungan kerajaan bagi memastikan fungsi serta khidmat kepada keseluruhan rakyat dapat berjalan.

DUN Nenggiri bukan DUN asing bagi BN, ianya adalah kerusi BN sebelum ini yang mana kita tahu pengaruh YM Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah di sana masih kuat.

DUN Nenggiri walau jumlah pengundinya hanya 20,259 berbanding DUN Kota Iskandar contohnya di Johor lebih 120,000 pengundi, kawasan DUN Nenggiri ini besar lebih besar dari keluasan negeri Melaka. Jarak antara satu kampung, kawasan serta rumah jauh antara satu sama lain ianya adalah cabaran kepada jentera kempen untuk mendekati pengundi.

Dengan 85% jumlah pengundinya Melayu, 13% Cina ianya akan memberikan kelebihan kepada BN. Jumlah pengundi di kalangan masyarakat Orang Asli juga ramai ianya lebih 2,000 yang mana ianya akan memberikan kesan siknifikan kepada calon BN.

Trend sokongan masyarakat Cina pada beberapa pilihanraya sebelum ni jelas solid jadi kita dah boleh jangka sokongan pada PRK Nenggiri ini ke mana ditambah Parti Gerakan yang secara terbuka menyatakan tidak akan membantu PAS untuk kempen PRK Nenggiri ini. Kerjasama baik parti pelbagai kaum di pusat akan memberikan kesan kepada pengundi Cina untuk mengundi BN.

Di atas kertas BN sudah ada lebih 35% jumlah pengundi tetap daripada keseluruhan pengundi, jika lebih 85% dapat dikeluarkan sekurangnya BN sudah boleh menjangka kemenangan. Majoriti kemenangan 810 yang diperolehi calon Bersatu sebelum ini tidaklah sukar untuk ditebus, asal jentera kempen menggunakan pendekatan sesuai untuk berkempen.

Nenggiri boleh dikatakan kalis isu isu peringkat nasional, jadi pendekatan bersemuka dan aktiviti dalam kelompok kelompok kecil adalah sangat sesuai.

Calon BN yang ditampilkan, calon orang muda Sdr Mohd Azmawi Fikri adalah calon tepat anak tempatan serta individu yang tidak asing di sana. Mesra dengan panggilan Awie, beliau dikenali dengan peribadi, personaliti serta memberi teladan yang baik.

Beliau sangat memahami kawasan Nenggiri, beliau juga adalah calon yang disokong penuh oleh YM Tengku Razaleigh. Beliau tidak akan kekok berkhidmat dan tiada istilah untuk belajar jika beliau menang nanti.

Beliau sangat memahami kawasan Nenggiri, beliau juga adalah calon yang disokong penuh oleh YM Tengku Razaleigh. Beliau tidak akan kekok berkhidmat dan tiada istilah untuk belajar jika beliau menang nanti.

Penggal DUN Nenggiri yang sudah berjalan pastinya memerlukan wakil rakyat yang terus bekerja dan Awie adalah orangnya. Pengundi Nenggiri perlu menzahirkan satu manifestasi sokongan untuk menyemarakkan semangat Awie berkhidmat untuk masyakarat Nenggiri dan Kelantan secara keseluruhannya.

Kemenangan ini juga tonik baru buat BN untuk mengembalikan Malaysia ke landasan kestabilan dan kemakmuran seperti sebelum ini yang mana rakyat Malaysia sudah mula sedar antara “intan dan kaca”, antara realiti dan harapan dan antara kepentingan peribadi atau kelompok kecik serta untuk rakyat secara keseluruhannya.

Undi calon No. 2, DUN Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri.

Leave a Reply