JOHOR BAHRU, 2 September 2024 – Syarikat Alka System Sdn. Bhd. (ALKA) telah mengambil langkah penting dalam mempromosikan inisiatif tenaga boleh diperbaharui dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universal Cable (M) Berhad (UCMB).

Kerjasama ini bertujuan melaksanakan audit tenaga dan meneroka pelbagai usaha penambahbaikan serta kelestarian tenaga.

Upacara menandatangani MoA ini telah berlangsung di Holiday Villa, Johor Bahru pada hari Khamis yang disempurnakan oleh Pengarah ALKA, Ts Ir Mohd Ferdus Abdul Kadir, dan Pengarah UCMB, Fadzil Ahmad.

Turut hadir menyaksikan adalah Pengawai Kewangan ALKA, Md Fauzi Bahari, serta Pengurus Akaun dan Kewangan UCMB, Teoh Maylin.

Audit tenaga yang bakal dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien dalam operasi syarikat, sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

ALKA menghargai kerjasama ini yang akan membuka jalan kepada projek-projek tenaga boleh diperbaharui di masa depan, termasuk projek solar di Terengganu yang dijadualkan bermula pada September 2024.

Leave a Reply