KUALA LUMPUR – Lupakan pinjaman bank, lupakan ansuran bulanan! Kini, hanya dengan menyimpan emas 50 gram, orang ramai sudah boleh memandu kenderaan elektrik (EV) secara sah dan berdaftar.

Lebih mengejutkan, simpanan 100 gram emas pula melayakkan peserta memandu EV bersaiz SUV yang lebih besar, selesa dan canggih – semuanya tanpa hutang, tanpa faedah dan bebas riba.
Inilah konsep luar biasa Simpan & Pandu, inisiatif terbaharu DMS Gold hasil kolaborasi bersama DMS Motors dan Koperasi Usaha Maju Berhad (Komaju), yang kini mencetuskan perbualan hangat dalam industri automotif dan kewangan negara.
Pengarah DMS Motors, Datuk Mohd. Ali Majis, menyifatkan program ini sebagai satu revolusi dalam cara rakyat Malaysia memiliki kenderaan.

“Ini bukan skim hutang. Ini adalah gabungan simpanan emas dan mobiliti hijau. Peserta memandu EV sambil menyimpan aset bernilai untuk masa depan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kenderaan kepada peserta terawal program itu.
Majlis tersebut turut menjadi bukti bahawa konsep ini bukan sekadar janji, sebaliknya sudah direalisasikan dengan penyerahan kunci EV kepada peserta awal.
Turut hadir ialah Penasihat Syariah Kumpulan DMS, Ustaz Dr. Asyraf Suarin, CEO DMS Motors, Datuk Salim Rahman, Pengerusi Komaju, M. Nasir Ramli serta Penasihat Korporat Kumpulan DMS, Datuk Dave.
Menurut Mohd. Ali, program ini memberi pilihan berdasarkan tahap simpanan emas.
“Simpan 50 gram, pandu EV kompak. Simpan 100 gram, pandu SUV elektrik. Semakin tinggi simpanan, semakin premium model EV yang boleh digunakan,” jelasnya.
Lebih menarik, program Simpan & Pandu turut mendapat pengesahan patuh syariah, sekali gus menutup ruang kepada unsur riba dan pinjaman berfaedah.
“Simpanan emas adalah aset sebenar. Tiada faedah, tiada pinjaman dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” tegas Dr. Asyraf.
Dalam pada itu, Datuk Salim Rahman berkata program ini memberi kelebihan berganda kepada peserta.
“Peserta bukan sahaja menikmati EV tanpa ansuran, malah simpanan emas mereka berpotensi meningkat nilainya. Ini bukan perbelanjaan, ini strategi kewangan,” katanya.
Program ini kini dilihat sebagai alternatif berani kepada sistem pemilikan kenderaan konvensional yang membebankan rakyat dengan hutang jangka panjang.
#EVTanpaLoan
#SimpanEmasPanduEV
#BebasRiba
#RevolusiEV
#DMSGOLD
#KeretaTanpaHutang
#MobilitiHijau
#AATVViral
#EmasAsetSebenar
#BeritaPanas
