SHAH ALAM – Minuman kopi Ellojoy Sacha Inchi menyasarkan nilai jualan RM12.5 juta sepanjang tahun 2024.
Presidennya, Sahnon Ahmad berkata sasaran itu berdasarkan sambutan baik yang diterima sejak produk berkenaan diperkenalkan di pasaran pada April lalu.
“Ellojoy Sacha Inchi ialah kopi keluaran 100 peratus milik Bumiputera yang mengandungi pelbagai khasiat dan menggunakan bahan premium.
“Kita juga optimis kopi ini menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah dari kebanyakkan kopi komersial di luar sana dan pada masa sama memberikan manfaat,” katanya pada sidang media majlis pelancaran produk berkenaan, baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, Sahnon turut mengumumkan tiga rakan produk Ellojoy Sacha Inchi iaitu penyanyi Ani Maiyuni, pempengaruh Joe Aziz dan Naib Presiden Kanan Mohd Sofian Zakaria.
Sahnon berkata, kesemua mereka dipilih kerana masing-masing sudah merasai pengalaman tersendiri meminum kopi Ellojoy Sacha Inchi.
“Kami percaya rakan produk ini akan membantu memperkenalkan lagi produk minuman kopi ini kepada lebih ramai orang supaya masing-masing dapat menikmati manfaatnya.
“Apa yang penting kami berharap agar semua orang tahu apa yang mereka minum berbaloi dengan harga yang dibayar dan khasiat yang dinikmati,” katanya.
Sahnon berkata, produk itu dihasilkan dengan menawarkan kepada pengguna rasa yang sedap dan kaya dengan khasiat ramuan terpilih.
Katanya, bahan utama Ellojoy ialah serbuk kopi Arabika, serbuk Sacha Inchi, ekstrak Halia Hitam dan Cendawan Susu Harimau.
“Apa yang lebih menarik ialah Ellojoy Sacha Inchi juga menawarkan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat.
“Bukan saja dapat menikmati kopi yang berkualiti tetapi juga boleh menjana pendapatan,” katanya.
Ia dilakukan selari dengan pegangan syarikat itu iaitu Success Together, bersama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan, katanya.
Sahnon berkata, produk itu juga mendapat pensijilan halal dan pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
Menurutnya, produk ini juga sudah diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada World Halal Business Conference 2023 yang diadakan di London, baru-baru ini.
Ellojoy Sacha Inchi dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.